Sunday, June 22, 2014

Apa Salah Hamba Allah ni ? - Muhammad Firdaus Dullah


Tiada yang sangka , tiada yang duga . Allah menguji manusia dengan pelbagai cara . Manusia yang tidak berdosa seperti adik Muhammad Firdaus Dullah ini juga turut diduga . Dari rupa yang comel dan kemas menjadi kurus kering dan sangat tidak terurus . Ya Allah, sayu hati melihat anak yang tidak bersalah ini . 

Dalam kes ini , kita boleh lihat bahawa sebenarnya Allah tidak menguji anak ini sahaja tetapi juga orang disekelilingnya . Jadikanlah perkara ini sebagai pengajaran . Mungkin Ibunya menganggap bahawa apa yang dilakukan terhadap anaknya ini tidak akan diketahui umum, namun siapa yang sangka nasib anak ini akhirnya diketahui seluruh rakyat Malaysia . Jika tiada kasihnya kepada anak itu sebagai seorang ibu, kasihlah kepada seorang Firdaus ini sebagai seorang manusia . 

Semoga perkara ini membuka mata rakyat Malaysia agar sentiasa peka akan apa yang berlaku disekeliling kita . Kepada ibu bapa yang pernah atau ada niat mahu melakukan perkara sebegini , hentikanlah niat dan perbuatan tersebut kerana benda jahat ini berbau busuk , lama kelamaan akan dihidu orang juga .

Gambar lama  Muhammad Firdaus Dullah .


 
Gambar terkini  Muhammad Firdaus Dullah .




No comments:

Post a Comment