Monday, June 30, 2014

Rahmat Allah Siapa yang tahu ... =D

Assalamamualaikum semua :) Lama tak bersua ye ? Almaklumlah bulan bulan pose ni kerjenya menghabiskan makanan je lah kerjanya ... hehe ...

Tapi , kita semua sepatutnya bersyukur kerana bumi kita yang bertuah ni dibasahi hujan pada hari pertama dan kedua berpuasa. . . Ramalan kaji cuaca salah terus bila mengatakan bahawa minggu ni tak de hujan. Jadi rakan2 sekalian , sedarlah kita hanya mampu meramal yang bakal menentukan segalanya adalah Allah SWT ... >●< ♡

Wednesday, June 25, 2014

Sedarlah Melayu !!! Nak Menyesal Kemudian Bukannya Berguna !


Tak tahulah nak cakap ape dekat Melayu yang tak pernah nak sedar diri , tak pernah renung dan ambil iktibar dari apa yang berlaku kepada Melayu di Singapura . Tak pernah nak hargai penat lelah pejuang-pejuang negara dalam mencapai Kemerdekaan suatu masa dahulu. 

Sekarang , senang-senang nak bagi Malaysia kat orang 'bukan Melayu' . Kalau rasa perjuang 'korang' untuk memenangkan Pas supaya Pas akan jalankan negara Islam seperti idaman korang tu , tak payah mimpilah . Jika suatu hari nanti negara kita jatuh kepada pihak pembangkang , orang Melayu takkan ade hak istimewa dah ! Dan walaupun hanya sekali je pembangkang menang PRU , Umno takkan mampu nak rampas balik . Nak senang tengok je Pulau pinang . Korang rase bolehke Umno nak menang kat P.Pinang tu ? Menang tak mungkin . NEVER !!!

Korang tengok sendiri lah apa kata Melayu Singapura .


Renung jangan tak renung ... Tapi sambil renung fikir sama ! 



Pemimpin Kita Memang Awesome ! Bersyukurlahhh !!

Sedar tak sedar dah lebih dari 100 hari 'kita' menghadapi misteri MH370 . Seluruh rakyat Malaysia masih mengharapkan keajaiban akan berlaku . Dan kejaiban itu tidaklah mustahil, jika tidak hari ini , mungkin esok , mungkin lusa , mungkin minggu depan , mungkin tahun depan . Berkat doa semua rakyat Malaysia , InShaAllah kebenaran akan terungkai suatu hari nanti . 

Kadang-kadang , kita sendiri lupa akan perkara ini apabila kita sedang bergembira dan bersuka ria kerana bukan kita yang menghadapi masalah ini . Tapi kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin kita tak pernah lupa , dalam setiap doa , dalam setiap saat , sudah pasti mereka akan mendoakan segala yang terbaik untuk rakyat mereka kerana kita adalah amanah yang Allah bagi kepada mereka . ^_^


Semua orang tahu , orang yang paling berat memikul tanggungjawab untuk mengatasi segala permasalahan setelah terjadinya tragedi MH370 ini ialah Datuk Seri Hishamuddin . Beliau sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan sangat tabah menghadapi segala dugaan yang diberi Allah S.W.T . Kematangan beliau sangat teserlah saat mengendalikan segala-galanya . 

Selepas tanggungjawabnya dilepaskan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai , diharapkan DS Hishammuddin dapat menumpukan perhatian kepada Kementerian Pertahanan . Jangan risau Datuk , kami sentiasa dibelakang Datuk ! >_<   =D

Tuesday, June 24, 2014

Iklan terbaik ! Korang wajib tengok .




Punyalah tengah khusyuk bermuka buku , tiba-tiba tertengok pulak iklan ni . Perghhh... Makan dalam betul iklan ni . Bila dah termakan dalam , tak nak lah makan sorang-sorang . Korang yang tengok pon makanlah dalam sekali ... -,-'

Kesimpulannya di sini, disamping kita berFB , berBlog , berTweeter dan sebagainya, kita mestilah sentiasa ingat akan kewajipan kita sebagai hamba Allah yang lemah dan kehidupan kita didunia ini hanyalah sementara sebelum kembali kepada-NYA . 

Dah alang-alang sampai di sini , luangkanlah masa untuk membaca sedikit ilmu yang nak saya kongsikan di SINI ... 

~ SEKIAN ~ 



Sunday, June 22, 2014

Melayu !! Fikirlah sikit ! Stresss !!!!!

Malayu ohhhhh Melayu ....... No comment la pasal budak kecik ni . Dia ni memang tak berfikir lansung ke? ~.~'
Malas sebenarnya nak sesakkan fikiran dengan budak mentah macam mamat sorang ni , tapi kene jugak semakkan fikiran sebab perasaan sayangkan bangsa Melayu tu membuak-buak . Mungkin budak ni hanya Copy dan Paste saja, tapi dia tetaplah kene tapis dulu, fikir banyak2 kali sebelum post sesuatu kat FB . Haihhh , yang lagi pelik tak de pulak orang2 tua yang nak menegurnye...
Tengok ! Aku yang teremosional dengan perangai budak ni . Tak pasal2 muka aku kedut sebelum waktunya nanti ^•^ Hoho ♡

Persoalan : Adik ... adik sedar tak yang kita ni kat Malaysia yang berbilang kaum ? >○<'

Apa Salah Hamba Allah ni ? - Muhammad Firdaus Dullah


Tiada yang sangka , tiada yang duga . Allah menguji manusia dengan pelbagai cara . Manusia yang tidak berdosa seperti adik Muhammad Firdaus Dullah ini juga turut diduga . Dari rupa yang comel dan kemas menjadi kurus kering dan sangat tidak terurus . Ya Allah, sayu hati melihat anak yang tidak bersalah ini . 

Dalam kes ini , kita boleh lihat bahawa sebenarnya Allah tidak menguji anak ini sahaja tetapi juga orang disekelilingnya . Jadikanlah perkara ini sebagai pengajaran . Mungkin Ibunya menganggap bahawa apa yang dilakukan terhadap anaknya ini tidak akan diketahui umum, namun siapa yang sangka nasib anak ini akhirnya diketahui seluruh rakyat Malaysia . Jika tiada kasihnya kepada anak itu sebagai seorang ibu, kasihlah kepada seorang Firdaus ini sebagai seorang manusia . 

Semoga perkara ini membuka mata rakyat Malaysia agar sentiasa peka akan apa yang berlaku disekeliling kita . Kepada ibu bapa yang pernah atau ada niat mahu melakukan perkara sebegini , hentikanlah niat dan perbuatan tersebut kerana benda jahat ini berbau busuk , lama kelamaan akan dihidu orang juga .

Gambar lama  Muhammad Firdaus Dullah .


 
Gambar terkini  Muhammad Firdaus Dullah .




Saturday, June 21, 2014

Malaysia Tapau Habisss - Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa 1435H/2014M


Alhamdulillah ... Tamat sudah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 yang berlansung di PWTC pada 16 Jun 2014. Berbanggalah kita sebagai rakyat Malaysia kerana Johan Tilawah Qari dan Qariah disandang oleh negara kita, sama juga dengan pertandingan Menghafaz Al-Qur'an yang dimenangi oleh Qari dan Qariah dari negara kita juga.

Berikut ialah keputusan penuh : 

TILAWAH AL-QURAN

QARI :

Tempat Pertama : Malaysia (93.30%)
Tempat Kedua : Turki (89.21%)
Tempat Ketiga : Indonesia (88.72%)
Tempat Keempat : Brunei (87.80%)
Tempat Kelima : Iran (87.67%)

QARIAH :

Tempat Pertama : Malaysia (90.67)
Tempat Kedua : Filipina (88.75%)
Tempat Ketiga : Brunei (85.92%)
Tempat Keempat : Thailand (83.08%)
Tempat Kelima : Singapura (83.08%)

HAFAZAN AL-QURAN

HAFIZ (Lelaki) :

Tempat Pertama : Malaysia (95.75%)
Tempat Kedua : Arab Saudi (94%)
Tempat Ketiga : Qatar (92%)

HAFIZAH (Wanita)

Tempat Pertama : Malaysia (95.00%)
Tempat Kedua : Tunisia (85.75%)
Tempat Ketiga : Senegal (78.50%)

Semoga dengan penganjuran majlis-majlis sebegini , Malaysia kita yang amat dicintai ini akan sentiasa aman dan makmur . (~.<)




Shila Amzah dan Si Comel Panda . Aummm ( ゚ヮ゚)


Hai Geng ! ( ゚ヮ゚)  Wahhh, tadi masa tengah berFB terjumpa la video ni . Amboi amboi Kak Shila Amzah kita ni untung betul , kita baru tengok kat Tv je , dia dah jumpe siap boleh pegang-pegang lagi . Yang Si Panda ni pulak relaxxxx je makan , al-maklumlah yang datang melawatnya Shila Amzah la katakan ...



Haaa!! Tengok tu mesra betul . Woahhhhh ! Jangan jeles ye geng ?  

Ok geng . Pasangan panda gergasi dari China ni adalah simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang telah terjalin selama 40 tahun . Lama tu ......  Pasangan panda gergasi ini akan berada di Malaysia selama 10 tahun melalui program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China tetapi akan dikuarantinkan selama sebulan sementara untuk menyesuaikan dengan persekitaran di Malaysia ni . Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu . 

Haaa ... Ni nak habaq mai kat hangpa , banyak sebenarnya faedah daripada kehadiran Panda ini . Bukalah mata hati kita agar kita sama-sama dapat melihat kebenaran dan membangun dengan jiwa yang besar .Saya bukanlah keyboard worrior yang nak bela atau pangkah sesiapa , tapi saya hanyalah penggemar, suka, minat yang amat dan taksub kepada benda comel seperti Panda ini . Hoho (^_^)  


Friday, June 20, 2014

Salam Perkenalan , Bakal Sahabat .



Salam perkenalan semua . Ini adalah langkah pertama saya di dalam dunia berblogging ini . Sebenarnya tertanya2 apa yang nak ditulis dalam post yang pertama ek ? He..He.. Nak kene berpantun ke ? Atau nak cerita tentang diri sendiri ? Apo pon bolehlah , ye idok ? 

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan .

He..he.. Pantun budak-budak je la yang mampu difikirkan untuk posting yang pertama ini . Bye, bye bakal sahabat .