Saturday, September 13, 2014

All The Best to Malaysia .



Assalamualaikum semua .
Ya Allah .
Lama betul tak post di blog ni .
Minta maaflah semua .
Sekarang lebih aktif di facebook .
Boleh lah ADD saya di SINI .

Banyak pekembangan baik ye semua ?
Alhamdulillah .
Sama samalah kita semua doa yang terbaik .


Tahniah banyak banyak buat DS HISHAMMUDDIN .
Salah seorang yang sangat sibuk sekarang ini .
Kami sentiasa doakan yang terbaik buat DS .

Tadi pagi ke Pengkalan Kubor .
Tengah bersiar siar di FB , ternampak satu gambar .


Terkejut sekejab .
Lepastu terharu pulak .
Hebatnya pemimpin kita .
Hormat orang tua .
Walaupun orang tua tu bukan sekapal dengan kita .
Sedangkan orang sekapal dengan dia pon dah 
tak hormatkan dia .
Baguslah , sekurang-kurangnya 
mata orang kat luar sana tu terbeliak sikit .
Mane tahu orang lain insaf tengok gamba ni .
HUHU .

Yang baik kita jadikan pedoman .
Yang buruk kita jadikan sempadan .
InsyaAllah =)



Sunday, August 17, 2014

Apa Nasib MH370 Sekarang Ni ?!


Apa nasib mangsa-mangsa MH370 ?
Apa nasib keluarga mangsa MH370 ?
Akan terbelakah nasib mereka ?

Jangan risau semua ..
Walaupun dunia sedang memberikan tumpuan kepada MH17 ,
tapi perhatian terhadap pencarian MH370 tidak pernah berkurang .
Tak caye ?
TENGOK NIE .

Ha ??? Sekarang dah percaya kan ?
Alhamdulillah , sekurang-kurangnya kita sudah dijelaskan tentang status terkini MH370.
Jadi janganlah risau .
Kalau dengar khabar2 angin kata nasib MH370 terabai , 
janganlah mudah percaya .
Itu semua auta .



Menteri pertahanan kita pon dah jelaskan yg beliau akan ke Australia hujung bulan ni untuk meninjau dan memastikan misi pencarian MH370 masih diteruskan dan berjalan lancar . 

"Saya masih menunggu pengesahan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengenai kedudukan terkini kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5 sebelum saya berlepas ke Perth."

"Saya ingin memberi semangat kepada anggota kita selain sebagai isyarat kepada ahli keluarga mangsa bahawa dalam kesibukan mengenai MH17, kita tidak lupa terhadap pencarian MH370 yang masih diteruskan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Piai di sini, hari ini. -SUMBER AWANI-

Jadi , tak perlulah kita risau .
Tugas kita di sini hanyalah doakan yang terbaik supaya segalanya berjalan lancar .

#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforMALAYSIA
#prayforGAZA

Thursday, August 14, 2014

Mulianya Peribadi :)


Korang suke kucing tak ??
Mesti suka kan ?? 
Sebab kucing ni comel sangat .. Kan ?
Tengok kucing yang comel comel ni memang boleh menghilangkan stress .




Nak tau something tak ?
Pemimpin kita DS Hishammuddin Hussein pon suke kucing ...
Ececehhh , bangga la tu sama minat dengan pemimpin hebat . :)

Nabi kita Nabi Muhammad pon suke kucing .
Kat sini pon kita boleh dapat tahu bagaimana perilaku seseorang yg suke kucing ... Kan ? >_<
Baca NIE !! 
Banyakkan kelebihan kucing ? 

Dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhari).


Melalui hadis diatas kita kene sedar bahawa memelihara dan mencintai kucing dan haiwan-haiwan lain adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam .
Contohilah menteri Pertahanan kita yang juga memelihara kucing ^_^ 
Nama kucing tu ORIO lagi .. 
Haha , comel .
Tengok ni !!! 



Wednesday, August 13, 2014

Tahniah ! Kejayaan Yang Amat Membanggakan ^_^


Apa khabar semua ?
Harap semuanya sihat belaka .
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut ,
baca NIE dulu ...

Dah baca dah ??
Ha !!!
 Kalau dah baca bolehlah kita sama-sama ucapkan tahniah yang setinggi-tingginya buat SPRM .


Dari laporan tu , kita dapat tahu bahawa SPRM ni memang dah lakukan kerja yang terbaik .
Kerja yang sangat membanggakan Malaysia .
Jadi , kita boleh tegaskan disini bahawa segala tomahan yang dilontarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab kepasa SPRm selama ini memang tak boleh diguna pakai .

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil disini .
Kerjalah dengan penuh bertanggungjawab , sebab dari sini kita boleh buktikan kepada orang disekeliling kita bahawa kita memang mampu memikul amanah yang diberi .

Diharapkan kejayaan dan komitmen SPRM dapat dikekalkan pada masa akan datang demi menjamin kesejahteraan Malaysia .
Sekali lagi tahniah buat SPRM :)



Wednesday, August 6, 2014

Sannah Helwah DS !!


53 tahun yang lalu ......

 Seorang wanita bersabung nyawa ,
Seorang lelaki berdebar didada .
Namun apabila lahir satu nyawa ke dunia ,
penat lelah hilang begitu saja ,
debar didada kian tiada .

Selamat Hari Kelahiran DS Hishammuddin :)

Kelahiran yg sungguh bermakna buat negara .
Siapa menjangka bayi comel yg lahir 53 tahun yg lalu akan menjadi pemimpin yang hebat pada hari ini. 

Semoga hidup DS sentiasa diberkati .
Semoga umur DS dipanjangkan .
Semoga rezeki DS dimurahkan .
Semoga DS jadi pemimpin yang lebih hebat lagi pd masa akan datang !

The Best Wishes From All Malaysian To You .





Terlalu byk ucapan buat DS . 
Tak mampu saya nak screenshot semua .. 
Hehehe >_<

DOA WARGA MALAYSIA SENTIASA MENGIRINGI PERJALANAN DATO' .
SEMOGA DOA-DOA INI DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T .
AAMIN ...











Monday, August 4, 2014

Boikot Jangan Tak Boikot !!!


Saje je la nak share kat korang semua ....
Aku ni bukan lah orang berada .
Jadi aku tak mampu nak derma beribu-ribu untuk saudara kita di GAZA .
Apa yang aku mampu buat adalah menyertai usaha masyarakat membantu mereka, walaupun dalam usaha yang kecil.

Seperti yg rakyat Malaysia buat sekarang ni ..
Aku juga memboikot barang-barang Israel .

Selain dari boikot , aku juga bolehla nak share kat korang apa brg2 yg patut di share .
NI HAAAA !!!


Kebanyakkan nye semua barang yang diboikot ini adalah yang selalu menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita .
Kalau tak mampu untuk menboikot semua , boikotlah setakat yang mampu ..

#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH370

Sunday, August 3, 2014

FB Baru La Pulakkkk :P


Ehhhhhh ????
Ade Fb baru la !!!
Jangan lupe Add ye ?
Mungkin lebih senang kita nak bertukar-tukar pendapat dgn wujudnya Fb ni ...
Al-maklumlah , orang skrg memang gemor bebeno nak ber FB ni ....


Tengok ???
Kawan pon baru dua org ....
Kesian kan ?

So, do ADD ME !!! 

~SMILE~ 

Saturday, August 2, 2014

Kalau Bukan Sekarang , Bila lagi ???


Hmmmm.... 
Sejak kebelakangan ni , banyak sangat masalah-masalah perkauman berlaku di negara kita ini. .
Tak tau dah nak cakap apa.
Cuma nak ckp , dah tiba masanya rakyat Malaysia bersatu !
Amboi , terover pulak ...

Tapi lah , cakap orang tua-tua memang betul belaka .
"Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga "
Peribahasa ni betul sesangat-sangat .....
Kerana nila yang hanya setitik , rosak susu sebelangan .
Kerana sorg dua orang buat salah , seluruh kaum nampak salah ..

Tak paham ??
Macam orang Cina la ....
Bukan semua orang Cina ni tak bagus , cuma disebabkan sorang dua yg buat salah ....
Habis semua orang Cina dianggap teruk .




See that ??? 
Banyak sebenarnya perkara-perkara yang boleh merapatkan hubungan antara kaum ni ..
Media sosial amat mamainkan peranan ....
Daripada kita siarkan benda-benda yang boleh mejarakkan lagi jurang antara kaum ,
lebih baik kita buat benda yang lagi berfaedah ... 
Ye dokk ??

Bersatulah demi Malaysia :')





Friday, August 1, 2014

Pray For Them :'(


Selamat Hari Raya SEMUA !!!! :)
Best ke raye ? Penat kan ??? HuHu ...
Dalam kita sibuk beraya ni , janganlah kita lupa pada yang kurang bernasib baik ..
Saudara kita di GAZA dan keluarga mangsa MH17 .




Pasti raya mereka tidak sama seperti kita .
Sedekahkanlah doa kita untuk mereka .
Kalau orang yang mempunyai nilai kemanusiaan ,
pasti dia tidak lupa untuk mendoakan orang yang kurang benasib baik ...
Betul tak ??? :')






Pemimpin kita skrg ni punyalah sibuk , tapi still boleh sama-sama memikirkan tentang perkara-parkara yang berlaku di sekeliling kita ni ....
Kalau pemimpin kita boleh , kenapa kita tak boleh ? 


#PRAYFORGAZA
#PRAYFORMH17
#PRAYFORMH370





Saturday, July 26, 2014

Kita Tahu Kenapa Lelaki ini Tabah !!


Haihhhh .... Lama betul tak posting rasanye . Almaklumlah , sibuk nak raye . Hehehehe ....
Ni la nak bagitau kat korang semua ni , 
setelah pelbagai cabaran , dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh 
DS Hishammuddin ,
KINI !! Rahsia beliau menjadi seorang yang begitu
tabah telah terbongkarr !
ececececeh ;)



Gambar menceritakan segalanya ...
Rupe-rupenye beliau seorg yang rapat dengan Ulama-ulama .
Patutlah dalam setiap ujian yg diterimanya , beliau sentiasa tabah disamping terus berusaha dan bertawakal.
Beliau sentiasa mengingati diri bahwa setiap yang berlaku ada hikmahnya .

Bukan semua org boleh jadi setabah beliau . 
Respect ! 
Hehehe , tapi nak bagitau ni !
Ayden memanglah tersangat comeyyyyyyyy ! >_<




Friday, July 18, 2014

Nenda Tiri DS Najib dan DS Hishammuddin Antara Terkorban .

Tengok tajuk pon dah terkejut . 
Bertapa besar dugaan untuk mereka .
Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah antara mangsa dalam tragedi MH17 .
Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah nenek tiri kepada DS Najib , Perdana Menteri Malaysia dan DS Hishammuddin , Menteri Pertahanan . 
Beliau ialah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah iaitu bapa kepada Tun Raha dan Tun Suhaila .


Di sini pon kita boleh nampak bahawa hati kedua pemimpin kita ini sentiasa bersama ahli keluarga penumpang dan Kru pesawat MH17 . 


Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul tanggungjawab berat daripada Allah ini .

Kita hanya mampu berdoa agar kekuatan diberikan buat kedua pemimpin kita ini .  

#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforgaza




Thursday, July 17, 2014

Terkejut ! Tersentak ! - MH17

Ya Allah ... Begitu berat ujianMu Ya Allah ... 
Kami disini hanya mampu berdoa untuk mereka . 
Semoga keluarga Kru dan penumpang MH17 sentiasa tabah dengan ujian ini .



Cor Pan iaitu warga Belanda bergurau di dalam akaun Facebooknya yg berbunyi 
"Jika pesawat ini hilang , inilah rupanya " 
Sumber : Astroawani.com


 Md Ali Md Salim pula sempat memuatnaik video dalam laman Instagramnya .
"Bismillah...#hatiadasikitgentar" kapsyen beliau.
Sumber : Utusan.com


Semoga Allah sentiasa tabahkan hati pemimpin-pemimpin kita . 
Isu MH370 masih belum selesai, kini muncul isu baru . 
Kalau orang-orang biasa, pasti takkan mampu menghadapi perkara begini .
Tidur tak menentu , makan tak teratur ... Hanya pemimpin luar biasa sahaja yg mampu menghadapinya .


Kami akan sentiasa berada dibelakang pemimpin kami :') 


Doa kami sentiasa bersama kalian , Perwira Malaysia !






Thursday, July 10, 2014

Save OUR Gaza , YA ALLAH !


Ya Allah , tak mampu dah nak cakap apa-apa dah ... Dalam bulan mulia ini kita bergembira , makanan banyak , jumpa sanak saudara .. Tapi saudara saudara kita di Gaza sana sedg berperang !! Lari bertempiaran , bom sana sini ... Bantulah mereka Ya Allah :'(

Sama samalah kita doakan mereka.  Mungkin kita tak mampu menganhkat senjata tapi kita mampu mengangkat tangan untuk mendoakan kesejahteraan mereka ... Doakan tentera tentera Allah berjaya menentg mereka ... Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah . Tambahan pula di bulan mulia ni .... Doa !! Doa !! Doa !!

Mereka saudara kami Ya Allah ... Kami sungguh mengasihi mereka Ya Allah ... Bantulah mereka Ya Allah :'(



Kami di Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian di sana . Tidak bermakna kehadiran Obama dan bantuan USA-Sekutu Israel dalam menangani masalah MH370 akan menutup mulut kami daripada mengutuk kekejaman Israel ini !! 


Kita boleh lihat sendiri kenyataan DS Hisham yang menyuruh Israel memberhentikan pembunuhan terhadap rakyat Palestin . 

Semoga doa seluruh rakyat Malaysia akan dimakbulkan ALLAH SWT . 

AaMIN ... 


Tuesday, July 8, 2014

Comeyyyy Nyeeeee - Atuk VS Cucu :)

Haiii buddyz :) Long time no see maa !! 
Ni nak tunjuk kat korang ni ! Budak debab bam bam .... Cute sangat ;)


Haaaa ! Tengoklah tu ... Ni mesti manja sangat ngan Atuk dia ni .... 
Diharapkan Ayden ni penyambung perjuangan Moyang nya , perwira negara , Dato Onn Jaafar .
In Shaa Allah , Ayden ni akan sambung perjuangan Atuk nya Datuk Seri Hishammuddin Hussein .

Tapi apa-apa pon Ayden ni mmg comellah :D
Tapi DS Hishammuddin jgn risau Ayden akan kalahkan keporpularan DS ... DS tetap macho dan DS adalah wira kami :)


Macho kan ??? hehehe :) 

Tengok ni ! Layan ......

   

                      


Friday, July 4, 2014

OMG !!! Ramai Kecewa Kerana Neymar !

Korang-korang yang tertarik dengan tajuk post kali ni mesti kaki bola kannn ??? Malam semalam punye game antara Brazil dan Colombia telah membuatkan bintang ☆ NEYMAR JR. yang bersinar-sinar cedera sehingga retak tulang belakang ... Hmmm , dah sah-sah la Neymar ni tak boleh main dah lepas ni ... Sadisss :'( .



Mesti penyokong Brazil kecewa kan ? Tapi jangan risau ! Tak semestinya Brazil kalah kalau takde Neymar ... So , relax brother , brother relax ... ;)

Tapi !! Buat sister !! Korang mesti tak boleh relax kalau tengok gambar ni ! Hehehe .. Jangan frust ye peminat Neymar ?



Saja je melawok ... Ni dia gambar Neymar selepas cedera .


Seluruh Malaysia Turut Bersimpati - Insiden Kereta Perisai


Tiada yang sangka , tiada yang menduga ... Dalam bulan yang mulia ini ada yang bakal diduga dengan ujian sebegini ... Rahsia Allah itu banyak . Mungkin besar hikmah dari kejadian ni . Takziah diucapkan buat keluarga mangsa .

Diharapkan agar keluarga magsa banyak bersabar . Kalian tidak bersendirian . Kami rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa dan keluarga mangsa .

Menteri Pertahanan kita juga tidak lupa untuk mengucapkan takziah ... Itu menunjukkan bahawa pemimpin kita ini sangat prihatin terhadap apa yang berlaku kepada rakyat negara kita ini . Kepada keluarga mangsa , jangan risau sebab kita pasti akan ada bantuan untuk kalian .


Thursday, July 3, 2014

Puasa Jadikan Mamat Ni Giler ?!! Kahsihannn !

Wei korang !! First time dalam sejarah puasaa boleh menyebabkan org giler .. Tak tahulah nak cakap apa lagi ! Kesian pon ada kat pak cik ni .... OPSSS ? Atuk lebih sesuai kot untuk die ni ?? Kan ?! HeHEHE ...

Rasa macam jahat pulak mengumpat org bulan puasa ni . Tapi terpaksa supaya orang-orang yang lain di luar sana jadikan perkara ni sebagai pengajaran ..... Al maklumlah , macam manalah Melayu nak maju kalau ramai sangat orang macam ni ?? Tak paham la ... :P -..-  Korg fikirlah sendiri !