Saturday, July 26, 2014

Kita Tahu Kenapa Lelaki ini Tabah !!


Haihhhh .... Lama betul tak posting rasanye . Almaklumlah , sibuk nak raye . Hehehehe ....
Ni la nak bagitau kat korang semua ni , 
setelah pelbagai cabaran , dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh 
DS Hishammuddin ,
KINI !! Rahsia beliau menjadi seorang yang begitu
tabah telah terbongkarr !
ececececeh ;)



Gambar menceritakan segalanya ...
Rupe-rupenye beliau seorg yang rapat dengan Ulama-ulama .
Patutlah dalam setiap ujian yg diterimanya , beliau sentiasa tabah disamping terus berusaha dan bertawakal.
Beliau sentiasa mengingati diri bahwa setiap yang berlaku ada hikmahnya .

Bukan semua org boleh jadi setabah beliau . 
Respect ! 
Hehehe , tapi nak bagitau ni !
Ayden memanglah tersangat comeyyyyyyyy ! >_<




Friday, July 18, 2014

Nenda Tiri DS Najib dan DS Hishammuddin Antara Terkorban .

Tengok tajuk pon dah terkejut . 
Bertapa besar dugaan untuk mereka .
Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah antara mangsa dalam tragedi MH17 .
Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah nenek tiri kepada DS Najib , Perdana Menteri Malaysia dan DS Hishammuddin , Menteri Pertahanan . 
Beliau ialah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah iaitu bapa kepada Tun Raha dan Tun Suhaila .


Di sini pon kita boleh nampak bahawa hati kedua pemimpin kita ini sentiasa bersama ahli keluarga penumpang dan Kru pesawat MH17 . 


Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul tanggungjawab berat daripada Allah ini .

Kita hanya mampu berdoa agar kekuatan diberikan buat kedua pemimpin kita ini .  

#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforgaza




Thursday, July 17, 2014

Terkejut ! Tersentak ! - MH17

Ya Allah ... Begitu berat ujianMu Ya Allah ... 
Kami disini hanya mampu berdoa untuk mereka . 
Semoga keluarga Kru dan penumpang MH17 sentiasa tabah dengan ujian ini .



Cor Pan iaitu warga Belanda bergurau di dalam akaun Facebooknya yg berbunyi 
"Jika pesawat ini hilang , inilah rupanya " 
Sumber : Astroawani.com


 Md Ali Md Salim pula sempat memuatnaik video dalam laman Instagramnya .
"Bismillah...#hatiadasikitgentar" kapsyen beliau.
Sumber : Utusan.com


Semoga Allah sentiasa tabahkan hati pemimpin-pemimpin kita . 
Isu MH370 masih belum selesai, kini muncul isu baru . 
Kalau orang-orang biasa, pasti takkan mampu menghadapi perkara begini .
Tidur tak menentu , makan tak teratur ... Hanya pemimpin luar biasa sahaja yg mampu menghadapinya .


Kami akan sentiasa berada dibelakang pemimpin kami :') 


Doa kami sentiasa bersama kalian , Perwira Malaysia !






Thursday, July 10, 2014

Save OUR Gaza , YA ALLAH !


Ya Allah , tak mampu dah nak cakap apa-apa dah ... Dalam bulan mulia ini kita bergembira , makanan banyak , jumpa sanak saudara .. Tapi saudara saudara kita di Gaza sana sedg berperang !! Lari bertempiaran , bom sana sini ... Bantulah mereka Ya Allah :'(

Sama samalah kita doakan mereka.  Mungkin kita tak mampu menganhkat senjata tapi kita mampu mengangkat tangan untuk mendoakan kesejahteraan mereka ... Doakan tentera tentera Allah berjaya menentg mereka ... Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah . Tambahan pula di bulan mulia ni .... Doa !! Doa !! Doa !!

Mereka saudara kami Ya Allah ... Kami sungguh mengasihi mereka Ya Allah ... Bantulah mereka Ya Allah :'(



Kami di Malaysia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian di sana . Tidak bermakna kehadiran Obama dan bantuan USA-Sekutu Israel dalam menangani masalah MH370 akan menutup mulut kami daripada mengutuk kekejaman Israel ini !! 


Kita boleh lihat sendiri kenyataan DS Hisham yang menyuruh Israel memberhentikan pembunuhan terhadap rakyat Palestin . 

Semoga doa seluruh rakyat Malaysia akan dimakbulkan ALLAH SWT . 

AaMIN ... 


Tuesday, July 8, 2014

Comeyyyy Nyeeeee - Atuk VS Cucu :)

Haiii buddyz :) Long time no see maa !! 
Ni nak tunjuk kat korang ni ! Budak debab bam bam .... Cute sangat ;)


Haaaa ! Tengoklah tu ... Ni mesti manja sangat ngan Atuk dia ni .... 
Diharapkan Ayden ni penyambung perjuangan Moyang nya , perwira negara , Dato Onn Jaafar .
In Shaa Allah , Ayden ni akan sambung perjuangan Atuk nya Datuk Seri Hishammuddin Hussein .

Tapi apa-apa pon Ayden ni mmg comellah :D
Tapi DS Hishammuddin jgn risau Ayden akan kalahkan keporpularan DS ... DS tetap macho dan DS adalah wira kami :)


Macho kan ??? hehehe :) 

Tengok ni ! Layan ......

   

                      


Friday, July 4, 2014

OMG !!! Ramai Kecewa Kerana Neymar !

Korang-korang yang tertarik dengan tajuk post kali ni mesti kaki bola kannn ??? Malam semalam punye game antara Brazil dan Colombia telah membuatkan bintang ☆ NEYMAR JR. yang bersinar-sinar cedera sehingga retak tulang belakang ... Hmmm , dah sah-sah la Neymar ni tak boleh main dah lepas ni ... Sadisss :'( .



Mesti penyokong Brazil kecewa kan ? Tapi jangan risau ! Tak semestinya Brazil kalah kalau takde Neymar ... So , relax brother , brother relax ... ;)

Tapi !! Buat sister !! Korang mesti tak boleh relax kalau tengok gambar ni ! Hehehe .. Jangan frust ye peminat Neymar ?



Saja je melawok ... Ni dia gambar Neymar selepas cedera .


Seluruh Malaysia Turut Bersimpati - Insiden Kereta Perisai


Tiada yang sangka , tiada yang menduga ... Dalam bulan yang mulia ini ada yang bakal diduga dengan ujian sebegini ... Rahsia Allah itu banyak . Mungkin besar hikmah dari kejadian ni . Takziah diucapkan buat keluarga mangsa .

Diharapkan agar keluarga magsa banyak bersabar . Kalian tidak bersendirian . Kami rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa dan keluarga mangsa .

Menteri Pertahanan kita juga tidak lupa untuk mengucapkan takziah ... Itu menunjukkan bahawa pemimpin kita ini sangat prihatin terhadap apa yang berlaku kepada rakyat negara kita ini . Kepada keluarga mangsa , jangan risau sebab kita pasti akan ada bantuan untuk kalian .


Thursday, July 3, 2014

Puasa Jadikan Mamat Ni Giler ?!! Kahsihannn !

Wei korang !! First time dalam sejarah puasaa boleh menyebabkan org giler .. Tak tahulah nak cakap apa lagi ! Kesian pon ada kat pak cik ni .... OPSSS ? Atuk lebih sesuai kot untuk die ni ?? Kan ?! HeHEHE ...

Rasa macam jahat pulak mengumpat org bulan puasa ni . Tapi terpaksa supaya orang-orang yang lain di luar sana jadikan perkara ni sebagai pengajaran ..... Al maklumlah , macam manalah Melayu nak maju kalau ramai sangat orang macam ni ?? Tak paham la ... :P -..-  Korg fikirlah sendiri !


Wednesday, July 2, 2014

Sape Suruh Tak Pose ?! HAHAHA !!

Susah ke nak pose bro ?? Laka-laka je tengok video ni . Tulah .... Mak Bedah , Kak Peah , Pak Kulup pon puasa walaupun dah tua2 bangka, korg yang muda takkan la tak mampu kot ? Fikir-fikirkan , renung-renungkan, selamat beramal di bulan mulia ini . Jangan kerja nak berblog , berfb and bertwitter je ! Faham dokkk ?!







Puasa boleh menghilangkan segala bahan racun yang berada dalam perut.
Surah Al-Baqarah, Ayat ;184.

(Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan[114], maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[114]. Maksudnya memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari.