Sunday, August 17, 2014

Apa Nasib MH370 Sekarang Ni ?!


Apa nasib mangsa-mangsa MH370 ?
Apa nasib keluarga mangsa MH370 ?
Akan terbelakah nasib mereka ?

Jangan risau semua ..
Walaupun dunia sedang memberikan tumpuan kepada MH17 ,
tapi perhatian terhadap pencarian MH370 tidak pernah berkurang .
Tak caye ?
TENGOK NIE .

Ha ??? Sekarang dah percaya kan ?
Alhamdulillah , sekurang-kurangnya kita sudah dijelaskan tentang status terkini MH370.
Jadi janganlah risau .
Kalau dengar khabar2 angin kata nasib MH370 terabai , 
janganlah mudah percaya .
Itu semua auta .



Menteri pertahanan kita pon dah jelaskan yg beliau akan ke Australia hujung bulan ni untuk meninjau dan memastikan misi pencarian MH370 masih diteruskan dan berjalan lancar . 

"Saya masih menunggu pengesahan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengenai kedudukan terkini kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5 sebelum saya berlepas ke Perth."

"Saya ingin memberi semangat kepada anggota kita selain sebagai isyarat kepada ahli keluarga mangsa bahawa dalam kesibukan mengenai MH17, kita tidak lupa terhadap pencarian MH370 yang masih diteruskan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Piai di sini, hari ini. -SUMBER AWANI-

Jadi , tak perlulah kita risau .
Tugas kita di sini hanyalah doakan yang terbaik supaya segalanya berjalan lancar .

#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforMALAYSIA
#prayforGAZA

Thursday, August 14, 2014

Mulianya Peribadi :)


Korang suke kucing tak ??
Mesti suka kan ?? 
Sebab kucing ni comel sangat .. Kan ?
Tengok kucing yang comel comel ni memang boleh menghilangkan stress .




Nak tau something tak ?
Pemimpin kita DS Hishammuddin Hussein pon suke kucing ...
Ececehhh , bangga la tu sama minat dengan pemimpin hebat . :)

Nabi kita Nabi Muhammad pon suke kucing .
Kat sini pon kita boleh dapat tahu bagaimana perilaku seseorang yg suke kucing ... Kan ? >_<
Baca NIE !! 
Banyakkan kelebihan kucing ? 

Dari Ibnu Umar, bahwa Rasulullah bersabda, “Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada dilantai.” (HR. Bukhari).


Melalui hadis diatas kita kene sedar bahawa memelihara dan mencintai kucing dan haiwan-haiwan lain adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam .
Contohilah menteri Pertahanan kita yang juga memelihara kucing ^_^ 
Nama kucing tu ORIO lagi .. 
Haha , comel .
Tengok ni !!! 



Wednesday, August 13, 2014

Tahniah ! Kejayaan Yang Amat Membanggakan ^_^


Apa khabar semua ?
Harap semuanya sihat belaka .
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut ,
baca NIE dulu ...

Dah baca dah ??
Ha !!!
 Kalau dah baca bolehlah kita sama-sama ucapkan tahniah yang setinggi-tingginya buat SPRM .


Dari laporan tu , kita dapat tahu bahawa SPRM ni memang dah lakukan kerja yang terbaik .
Kerja yang sangat membanggakan Malaysia .
Jadi , kita boleh tegaskan disini bahawa segala tomahan yang dilontarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab kepasa SPRm selama ini memang tak boleh diguna pakai .

Banyak pengajaran yang kita boleh ambil disini .
Kerjalah dengan penuh bertanggungjawab , sebab dari sini kita boleh buktikan kepada orang disekeliling kita bahawa kita memang mampu memikul amanah yang diberi .

Diharapkan kejayaan dan komitmen SPRM dapat dikekalkan pada masa akan datang demi menjamin kesejahteraan Malaysia .
Sekali lagi tahniah buat SPRM :)



Wednesday, August 6, 2014

Sannah Helwah DS !!


53 tahun yang lalu ......

 Seorang wanita bersabung nyawa ,
Seorang lelaki berdebar didada .
Namun apabila lahir satu nyawa ke dunia ,
penat lelah hilang begitu saja ,
debar didada kian tiada .

Selamat Hari Kelahiran DS Hishammuddin :)

Kelahiran yg sungguh bermakna buat negara .
Siapa menjangka bayi comel yg lahir 53 tahun yg lalu akan menjadi pemimpin yang hebat pada hari ini. 

Semoga hidup DS sentiasa diberkati .
Semoga umur DS dipanjangkan .
Semoga rezeki DS dimurahkan .
Semoga DS jadi pemimpin yang lebih hebat lagi pd masa akan datang !

The Best Wishes From All Malaysian To You .





Terlalu byk ucapan buat DS . 
Tak mampu saya nak screenshot semua .. 
Hehehe >_<

DOA WARGA MALAYSIA SENTIASA MENGIRINGI PERJALANAN DATO' .
SEMOGA DOA-DOA INI DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T .
AAMIN ...











Monday, August 4, 2014

Boikot Jangan Tak Boikot !!!


Saje je la nak share kat korang semua ....
Aku ni bukan lah orang berada .
Jadi aku tak mampu nak derma beribu-ribu untuk saudara kita di GAZA .
Apa yang aku mampu buat adalah menyertai usaha masyarakat membantu mereka, walaupun dalam usaha yang kecil.

Seperti yg rakyat Malaysia buat sekarang ni ..
Aku juga memboikot barang-barang Israel .

Selain dari boikot , aku juga bolehla nak share kat korang apa brg2 yg patut di share .
NI HAAAA !!!


Kebanyakkan nye semua barang yang diboikot ini adalah yang selalu menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian kita .
Kalau tak mampu untuk menboikot semua , boikotlah setakat yang mampu ..

#prayforGAZA
#prayforMH17
#prayforMH370

Sunday, August 3, 2014

FB Baru La Pulakkkk :P


Ehhhhhh ????
Ade Fb baru la !!!
Jangan lupe Add ye ?
Mungkin lebih senang kita nak bertukar-tukar pendapat dgn wujudnya Fb ni ...
Al-maklumlah , orang skrg memang gemor bebeno nak ber FB ni ....


Tengok ???
Kawan pon baru dua org ....
Kesian kan ?

So, do ADD ME !!! 

~SMILE~ 

Saturday, August 2, 2014

Kalau Bukan Sekarang , Bila lagi ???


Hmmmm.... 
Sejak kebelakangan ni , banyak sangat masalah-masalah perkauman berlaku di negara kita ini. .
Tak tau dah nak cakap apa.
Cuma nak ckp , dah tiba masanya rakyat Malaysia bersatu !
Amboi , terover pulak ...

Tapi lah , cakap orang tua-tua memang betul belaka .
"Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga "
Peribahasa ni betul sesangat-sangat .....
Kerana nila yang hanya setitik , rosak susu sebelangan .
Kerana sorg dua orang buat salah , seluruh kaum nampak salah ..

Tak paham ??
Macam orang Cina la ....
Bukan semua orang Cina ni tak bagus , cuma disebabkan sorang dua yg buat salah ....
Habis semua orang Cina dianggap teruk .




See that ??? 
Banyak sebenarnya perkara-perkara yang boleh merapatkan hubungan antara kaum ni ..
Media sosial amat mamainkan peranan ....
Daripada kita siarkan benda-benda yang boleh mejarakkan lagi jurang antara kaum ,
lebih baik kita buat benda yang lagi berfaedah ... 
Ye dokk ??

Bersatulah demi Malaysia :')





Friday, August 1, 2014

Pray For Them :'(


Selamat Hari Raya SEMUA !!!! :)
Best ke raye ? Penat kan ??? HuHu ...
Dalam kita sibuk beraya ni , janganlah kita lupa pada yang kurang bernasib baik ..
Saudara kita di GAZA dan keluarga mangsa MH17 .




Pasti raya mereka tidak sama seperti kita .
Sedekahkanlah doa kita untuk mereka .
Kalau orang yang mempunyai nilai kemanusiaan ,
pasti dia tidak lupa untuk mendoakan orang yang kurang benasib baik ...
Betul tak ??? :')






Pemimpin kita skrg ni punyalah sibuk , tapi still boleh sama-sama memikirkan tentang perkara-parkara yang berlaku di sekeliling kita ni ....
Kalau pemimpin kita boleh , kenapa kita tak boleh ? 


#PRAYFORGAZA
#PRAYFORMH17
#PRAYFORMH370